Perwatakan

Keluaran: Asas 50

Buku: Purnama Senja

Cerpen: Pendidik Millenium

Penulis: Muhammad Khairool Haque

Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang

3M1/2007

Hakim

Hakim merupakan seorang pelajar sekolah yang dianggap bodoh oleh guru Bahasa Melayunya, Cikgu Halim. Hakim seorang yang sangat prihatin pada orang-orang dan perkara-perkara yang berlaku di sekelilignya. Ini ditunjuk oleh penulis apabila Cikgu Halim mengatakan bahawa dia penat menyemak buku-buku kerja pelajar kelas bahasanya. Dengan cepatnya, Halim telah memeriksa begnya dan menjumpai buku kerjanya di dalam begnya. Ini menunujukan bahawa Hakim sangat prihatin pada perkara yang berlaku di sekelilingnya. Hakim juga seorang yang pandai dalam bidang agamanya. Ini ditunjukan dalam cerpen dalam bentuk karangan yang telah Hakim tulis. Beliau telah menyelitkan tentang cara-cara kehidupan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan membandingkan dengan cara kehidupan penduduk Singapura.

Cikgu Halim

Cikgu Halim ialah seorang guru yang cepat marah, pemalas dan tidak mempunyai pengetahuan agama yang luas. Dia boleh disifatkan sebagai seorang guru yang malas. Ini merupakan sebuah kenyataan dan dia telah sendiri mengatakan bahawa dia malas, “Saya malas nak ajar kamu semua. Saya penat semak buku-buku kerja kamu.” Ini sangat ketara bahawa dia seorang yang pemalas. Satu lagi perwatakan Cikgu Halim ialah dia seorang yang cepat marah dan kadang kala dia marah tanpa sebarang sebab. “Murid-murid kelas Cikgu Halim terdiam mendengarkan kata-kata tajamnyanya bak pisau belati yang menikam menusuk dada. Setiap mereka berasa bingung berbaur takut, Namun pula perasaan sayu di dada-dada marak. Mengapakah Cikgu Halim memarahi mereka hari itu? Kemarahan Cikgu Halim tidak seperti selalu. Marah ada kala, tanpa sebab-sebabnya!” dan “Matanya merenung setiap seorang murid yang berada dihadapannya. Lakunya bak seekor harimau yang mahu membaham mangsanya. Harimau gersang yang lapar” menunjukan bahawa Cikgu Halim seorang yang bengis, cepat marah dan kadang kala marah tanpa sebarang sebab. Akhir sekali, Cikgu Halim seorang yang tidak begitu arif dalam bidang agama. Ini ditunjukan dalam cerpen pada hubungan sulit yang diadakan antara Ms Wong dan Cikgu Halim. Walaupun ia tidak ketara, ia tetap ditunjukan oleh penulis dalam ungkapan seperti “ Memang puas dia menjelajahi bukit bukau dan gunung-ganang yang disusuli dengan semburan lahar gunung berapinya.”

Ms Wong

Ms Wong seorang yang miang dan gatal serta tidak bersikap profesional dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengetua. Beliau boleh dikatan sebagai seorang yang miang kerana perangainya dan cara beliau bertutur apabila bersama dengan Cikgu Halim. “ “Why? Why do you feel that?” Mrs Wong bersuara manja..” Ini menunjukan bahawa dia seorang yang sangat miang dan inginkan perhatian daripada sesiapa yang ingin memberinya. Ms Wong juga boleh dikatan seorang wanita yang gatal. Ini ditunjukan oleh penulis dalam adanya perhubungan antara Cikgu Halim dan Ms Wong. “Teringat pula jembatan yang dititi mereka berdua malam semalamnya. Jembatan yang mempunyai duri yang panjang. Sakit dan menduga kesabaran tetapi seronok.” Ini menunjukan hubungan yang ada antara Ms Wong dan Cikgu Halim lebih daripada antara seorang guru dan seorang pengetua. Akhir sekali Ms Wong tidak bersikap profesional dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang pengetua. Ini dapat dilihat pada akhir cerpen apabila Hakim di marah tanpa sebab yang munasabah. Ini kerana Ms Wong mengikuti perasaannya apabila dia memarahi Hakim. Ini juga mungkin disebabkan oleh hubungannya dengan Cikgu Halim dan ia membuatnya berpihak kepada Cikgu Halim.

Muhammad Farhan Bin Taal (3M1)

Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang

Sebuah Permulaan

Baik. Kerana Cikgu Sazali yang inginkan telah pun aku melakukan. Blog ini merupakan sebuah blog bagi pelajaran sasteraku di sekolah. Cikgu yang telah menyuruh semua pelajar untuk mencipta sebuah blog agar dapat kami menerbitkan karya-karya kami di blog-blog yang telah dicipta. Baiklah. Ini merupakan pertama kali aku mempunyai blog. Aku harap blog ini akan membawa faedah yang baik, bukan sekadar untuk mengikuti arus perubahan seperti apa yang dikatakan guruku. Aku harap ini akan dapat menguatkan lagi semangatku untuk menulis dan memperbaiki Bahasa Melayuku hingga ke tahap seperti sahabatku Khairool. Insya'allah. Buat sekarang sekadar ini sahaja. Insya'allah akan aku kembali bila senang untuk menerbitkan karya-karyaku, jika ada, dan dan juga melakukan kerja-kerja yang diberi oleh Cikgu Sasteraku.

Blogger Template by Blogcrowds